Ahlan Wasahlan

"Pelajarilah Ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah swt membawa kepada ketakutan kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah swt)"

Archives

DI MANAKAH KITA?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran hamba panjatkan pada-Mu ya Allah atas pelbagai nikmat yang Engkau kurniakan kapada hamba sehingga dengan nikmat-nikmat itulah hamba dapat menulis pada ruangan ini....nikmat penglihatan, nikmat akal, nikmat kesihatan, dan yang paling besar adalah nikamt Islam dan Iman..semoga Engkau tetapkan nikmat-nikmat ini sehinggalah tiba waktu untuk hamba bertemu dengan-Mu..

"Di manakah kita?", persoalan yang mungkin boleh mengundang pelbagai reaksi dan jawapan..bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kondisi orang yang ditujukan soalan ini..Tapi, apa yang saya cuba ingin timbulkan melalui persoalan ini bukanlah merujuk kepada tempat yang terbentang luas di muka bumi ini. Sebaliknya, apa yang saya cuba lontarkan adalah berkaitan dengan peringkat-peringkat iman..

"Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa iman bukanlah hak mutlak kita selaku hamba Allah swt. Jika pagi ini kita beriman, tiada jaminan untuk kita masih beriman pada petang hari. Jika hari ini kita beriman, tiada jaminan untuk kita masih beriman pada keesokkan harinya. Jika minggu ini kita beriman, tiada jaminan untuk kita masih beriman pada minggu seterusnya..Dan begitulah seterusnya, selagi mana kita hidup sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini..

Iman hanyalah hak mutlak Allah SWT. Dia berhak untuk mengurniakan iman kepada sesiapa yang dikehendaki. Sebaliknya, Dia juga berhak untuk menarik iman daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Ini bermakna, peringkat atau tahap-tahap iman di antara manusia tidak sama. Tahap iman yang dimiliki oleh seseorang dengan orang lain berbeza. Mengikut pengajian ilmu tauhid, para ulama' membahagikan iman kepada lima peringkat:

1. IMAN TAQLID
Iman Taqlid adalah iman bagi orang jahil yang hanya tahu mengikut sahaja apa yang orang lakukan dan apa yang orang lain perkatakan.

2. IMAN ILMU
Iman Ilmu adalah iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja. Seseorang yang memiliki iman peringkat ini telah mempelajari dan memahami tentang Allah swt dan rukun Iman.

3. IMAN 'AYYAN
Iman 'Ayyan lebih tinggi darjatnya daripada Iman Taqlid dan Iman Ilmu. Iman peringkat ini dimiliki bagi mereka yang memiliki Iman Ilmu dan melakukan latihan bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu (mujahadatun nafs).
4. IMAN HAQ
Iman Haq adalah iman yang sebenar. Iman peringkat ini dimiliki oleh mereka yang berjaya menghadapi ujian dalam melawan hawa nafsunya. Seseorang yang telah mencapai iman tahap ini, mata hatinya sentiasa melihat Allah swt. Setiap kali dia melihat sesuatu yang dijadikan oleh Allah swt, hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah swt lantas segera membesar dan mengagungkan Allah swt.

5. IMAN HAKIKAT
Iman Hakikat adalah iman peringkat tertinggi dan paling sempurna. Iman ini dimiliki oleh para Nabi dan Rasul serta insan-insan bertuah yang dipilih menjadi kekasih Allah swt.

Inilah lima peringkat iman yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain di sisi Allah swt. Kenapakah terdapat perbezaan ini? Tidak lain melainkan kerana terdapat perbezaan antara cara seseorang dengan orang yang lain dalam menerima dan mendepani ujian daripada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; ‘kami beriman’ sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta”. Al-Ankabut: 2-3

Jadi, mungkin soalan ini sudah jelas. Di manakah kita? Tepuk dada, tanyalah iman..Sekadar untuk mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama berusaha; sedaya upaya yang termampu paling tidak untuk kita mencapai peringkat iman 'Ayyan..InsyaAllah..

p/s: Mohon komen atau penambahan. Juga teguran dan pembetulan jika saya tersalah..


Alhamdulillah...Syukur...

Assalamu'alaikum wr. wb.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanam impian untuk memiliki sebuah blog akhirnya hari ini ku 'memukau' jari jemariku untuk meneroka ke alam maya agar impian ini boleh ku terjemahkan menjadi sebuah kenyataan..Atas bimbingan dan panduan daripada beberapa orang sahabat aku memperhambakan tetikusku untuk pergi ke sana dan sini. Walaupun sebenarnya, ruangan ini sudah ku bangunkan sejak beberapa bulan yang lalu, namun hari ini barulah aku dapat menjiwai dan menyelami kehidupan berada di 'alam cyber' dan 'dunia blogger'.

Apapn, aku sentiasa mengharapkan bimbingan dan petunjuk-Mu ya Rab terus-menerus; agar apa yang aku dapat (ilmu) daripada dunia ini (blog) dapat ku gunakan untuk aku lebih mengenali dan mencintai-Mu. Aku juga berharap dunia ini dapat ku gunakan untuk aku berkongsi sedikit ilmu yang ku miliki agar dapat memberi manfaat kepada semua..Semua ini aku lakukan tidak lain hanyalah untuk aku mencari dan mengejar rahmat dan redha ilahi, juga agar aku tidak terkecuali menjadi insan yang menyahut seruan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikanlah oleh kamu daripadaku walaupun satu ayat..."

Buat sahabat-sahabat, aku mendambakan teguran membina, nasihat berguna dan cadangan bernas kalian..Bantulah aku..

MUASSALAMAH




Gratisan Musik