Ahlan Wasahlan

"Pelajarilah Ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah swt membawa kepada ketakutan kepada-Nya, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah swt)"
Ke Arah Kesempurnaan Hidup Beragama

Setiap Makhluk Diciptakan Berpasang-pasangan

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”. Yaasin: 36

Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk diciptakan mempunyai pasangan. Begitu juga manusia. Telah diciptakan Hawa untuk menjadi pasangan bagi Adam a.s. Daripada pasangan inilah, manusia berkembang biak sehingga sekarang. Firman Allah swt: Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu anak-pinak dan cucu-cicit dan memberi kamu rezeki daripada yang baik-baik..” (An-Nahl: 72)

Fitrah manusia tidak boleh hidup bersendirian. Setiap manusia normal memerlukan teman. Teman untuk berbicara. Teman untuk makan. Teman untuk berkerja dan boleh dikatakan hampir semua rutin harian yang dilakukan memerlukan kepada teman.

Sunnah para rasul

Berkahwin adalah antara keperluan paling asas hampir semua insan di dunia ini. Bahkan menjadi sunnah para rasul utusan Allah swt. Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukanlah dari golonganku. Sebahagian dari sunnahku adalah berkahwin, oleh kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksnakan sunnahku”.

Fitrah kejadian manusia adalah melalui perkahwinan. Kahwin menurut Islam bermaksud perjanjian antara dua insan yang berlainan jantina (lelaki dan perempuan) untuk berkongsi hidup. Bermakna, hanya selepas pasangan ini dinikahkan secara rasmi sahaja barulah agama mengiktiraf kebebasan pasangan ini untuk berkasih sayang dan bercinta mesra.

Matlamat Perkahwinan Muslim

Perkahwinan itu dipandang mulia dan sangat dianjurkkan oleh syariat Islam bagi mengelakkan keruntuhan akhlak dan tatasusila di samping menjaga keturunan. Ia bertujuan untuk keharmonian sejagat, khususnya bagi umat Islam. Perkahwinan membawa kepada ketinggian akhlak serta kebersihan rohani dan jasmani. Melaluinya, zuriat akan berkembang biak dan ini adalah sebahagian daripada kebangaan Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain)”.

Namun, matlamat perkahwinan yang paling utama ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang taat kepada segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya. Zuriat yang akan mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa sama ada semasa hayat mereka mahupun selepas keduanya meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda: “Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”.

Ke Arah Kesempurnaan Beragama

Dengan perkahwinan juga akan mampu menjaga agama. Bahkan perkahwinan itu merupakan sebahagian daripada agama. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya: “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

Bahkan, perkahwinan juga mampu membawa kepada khusyuk dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Khusuk dalam erti kata, ibadat yang disukai dan diterima oleh Allah SWT. Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh pulu rakaat orang yang hidup membujang”. (Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67).

Wassalam...

"Sahabat-sahabat, kaum keluarga dan semua kenalan dijemput hadir ke Majlis Walimahtul Urus kami: Safaruddin Lakalla dan Nurlaila Darwis pada 22 Jamadil Akhir 1431H bersamaa 5 Jun 2010M di alamat Lot No. 227, Kg. Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah. Semoga kehadiran kalian akan membawa 1001 rahmat kepada kami. InsyaAllah..Mohon doa kalian..

DI MANAKAH KITA?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran hamba panjatkan pada-Mu ya Allah atas pelbagai nikmat yang Engkau kurniakan kapada hamba sehingga dengan nikmat-nikmat itulah hamba dapat menulis pada ruangan ini....nikmat penglihatan, nikmat akal, nikmat kesihatan, dan yang paling besar adalah nikamt Islam dan Iman..semoga Engkau tetapkan nikmat-nikmat ini sehinggalah tiba waktu untuk hamba bertemu dengan-Mu..

"Di manakah kita?", persoalan yang mungkin boleh mengundang pelbagai reaksi dan jawapan..bergantung kepada pemahaman, penerimaan dan kondisi orang yang ditujukan soalan ini..Tapi, apa yang saya cuba ingin timbulkan melalui persoalan ini bukanlah merujuk kepada tempat yang terbentang luas di muka bumi ini. Sebaliknya, apa yang saya cuba lontarkan adalah berkaitan dengan peringkat-peringkat iman..

"Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa iman bukanlah hak mutlak kita selaku hamba Allah swt. Jika pagi ini kita beriman, tiada jaminan untuk kita masih beriman pada petang hari. Jika hari ini kita beriman, tiada jaminan untuk kita masih beriman pada keesokkan harinya. Jika minggu ini kita beriman, tiada jaminan untuk kita masih beriman pada minggu seterusnya..Dan begitulah seterusnya, selagi mana kita hidup sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini..

Iman hanyalah hak mutlak Allah SWT. Dia berhak untuk mengurniakan iman kepada sesiapa yang dikehendaki. Sebaliknya, Dia juga berhak untuk menarik iman daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Ini bermakna, peringkat atau tahap-tahap iman di antara manusia tidak sama. Tahap iman yang dimiliki oleh seseorang dengan orang lain berbeza. Mengikut pengajian ilmu tauhid, para ulama' membahagikan iman kepada lima peringkat:

1. IMAN TAQLID
Iman Taqlid adalah iman bagi orang jahil yang hanya tahu mengikut sahaja apa yang orang lakukan dan apa yang orang lain perkatakan.

2. IMAN ILMU
Iman Ilmu adalah iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja. Seseorang yang memiliki iman peringkat ini telah mempelajari dan memahami tentang Allah swt dan rukun Iman.

3. IMAN 'AYYAN
Iman 'Ayyan lebih tinggi darjatnya daripada Iman Taqlid dan Iman Ilmu. Iman peringkat ini dimiliki bagi mereka yang memiliki Iman Ilmu dan melakukan latihan bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu (mujahadatun nafs).
4. IMAN HAQ
Iman Haq adalah iman yang sebenar. Iman peringkat ini dimiliki oleh mereka yang berjaya menghadapi ujian dalam melawan hawa nafsunya. Seseorang yang telah mencapai iman tahap ini, mata hatinya sentiasa melihat Allah swt. Setiap kali dia melihat sesuatu yang dijadikan oleh Allah swt, hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah swt lantas segera membesar dan mengagungkan Allah swt.

5. IMAN HAKIKAT
Iman Hakikat adalah iman peringkat tertinggi dan paling sempurna. Iman ini dimiliki oleh para Nabi dan Rasul serta insan-insan bertuah yang dipilih menjadi kekasih Allah swt.

Inilah lima peringkat iman yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain di sisi Allah swt. Kenapakah terdapat perbezaan ini? Tidak lain melainkan kerana terdapat perbezaan antara cara seseorang dengan orang yang lain dalam menerima dan mendepani ujian daripada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; ‘kami beriman’ sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta”. Al-Ankabut: 2-3

Jadi, mungkin soalan ini sudah jelas. Di manakah kita? Tepuk dada, tanyalah iman..Sekadar untuk mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama berusaha; sedaya upaya yang termampu paling tidak untuk kita mencapai peringkat iman 'Ayyan..InsyaAllah..

p/s: Mohon komen atau penambahan. Juga teguran dan pembetulan jika saya tersalah..


Alhamdulillah...Syukur...

Assalamu'alaikum wr. wb.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanam impian untuk memiliki sebuah blog akhirnya hari ini ku 'memukau' jari jemariku untuk meneroka ke alam maya agar impian ini boleh ku terjemahkan menjadi sebuah kenyataan..Atas bimbingan dan panduan daripada beberapa orang sahabat aku memperhambakan tetikusku untuk pergi ke sana dan sini. Walaupun sebenarnya, ruangan ini sudah ku bangunkan sejak beberapa bulan yang lalu, namun hari ini barulah aku dapat menjiwai dan menyelami kehidupan berada di 'alam cyber' dan 'dunia blogger'.

Apapn, aku sentiasa mengharapkan bimbingan dan petunjuk-Mu ya Rab terus-menerus; agar apa yang aku dapat (ilmu) daripada dunia ini (blog) dapat ku gunakan untuk aku lebih mengenali dan mencintai-Mu. Aku juga berharap dunia ini dapat ku gunakan untuk aku berkongsi sedikit ilmu yang ku miliki agar dapat memberi manfaat kepada semua..Semua ini aku lakukan tidak lain hanyalah untuk aku mencari dan mengejar rahmat dan redha ilahi, juga agar aku tidak terkecuali menjadi insan yang menyahut seruan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikanlah oleh kamu daripadaku walaupun satu ayat..."

Buat sahabat-sahabat, aku mendambakan teguran membina, nasihat berguna dan cadangan bernas kalian..Bantulah aku..

MUASSALAMAH




Gratisan Musik